SEBAHAGIAN DARI BARISAN KEPIMPINAN SHAKLEE CORPORATION

Roger Barnett

Pengerusi dan CEO

Mr. Barnett ialah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shaklee Corporation.

Beliau memulakan kerjayanya di firma perbankan pelaburan Lazard Freres & Co., sebelum mengelolakan usaha pemerolehan Arcade,Inc., yang berjaya dikemudinya daripada syarikat yang hanya beroperasi di A.S. hingga menjadi syarikat pensampelan terbesar di dunia. Beliau juga merupakan pengasas, Pengerusi dan CEO Beauty.com, yang terus menjadi salah satu peruncit dalam talian yang terkemuka dalam industri kosmetik.

Mr. Barnett memperoleh ijazah sarjana mudanya dari Yale College (Summa Cum Laude), ijazah undang-undangnya dari Yale Law School (Penyunting Kanan, Yale Law Journal), dan MBA dari Harvard Business School.

Selain dipilih sebagai Global Leader for Tomorrow (Pemimpin Dunia Masa Hadapan) oleh Forum Ekonomi Dunia (Davos), Mr. Barnett juga menjadi Young Leader Fellow untuk Jawatankuasa Kebangsaan bagi Hubungan A.S. – China dan ahli Young Presidents Organization.

Mr. Barnett sememangnya seorang ketua yang berwibawa. Beliau memegang keahlian aktif School of Public Health Leadership Council (Majlis Kepimpinan Fakulti Kesihatan Awam) di Universiti Harvard dan Yale, President’s Council on International Activities (Majlis Presiden untuk Aktiviti Antarabangsa) di Universiti Yale, Lembaga Penasihat Elie Wiesel Foundation for Humanity (Yayasan Kemanusiaan Elie Wiesel), Lembaga Penasihat Green Belt Movement milik pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2004 iaitu Wangari Maathai, ahli Lembaga Penasihat Town School San Francisco dan ahli Lembaga Pemegang Amanah Fine Arts Museums Foundation of San Francisco.

Bradford Richardson
Presiden, Shaklee International, Inc.

Bradford Richardson menyertai Shaklee Corporation pada Julai 2008.

Sebagai Presiden Shaklee International, Mr. Richardson bertanggungjawab mengembangkan perniagaan Shaklee di luar Amerika Syarikat termasuk menguruskan operasi sedia ada di Kanada, Mexico, Taiwan, Malaysia dan Tanah Besar China. Beliau juga menggalas peranan membangunkan strategi perkembangan antarabangsa bagi memacu gelombang penguasaan global Shaklee yang seterusnya.

Sejak 22 tahun yang lalu, Bradford aktif mengembangkan pasaran antarabangsa untuk beberapa syarikat terkemuka AS. Sebelum menyertai Shaklee, beliau telah membangunkan perniagaan antarabangsa untuk nutrisi pemakanan bagi sebuah syarikat jualan langsung yang terkenal. Di bawah pimpinannya, syarikat tersebut berjaya menembusi 11 pasaran manakala jualan globalnya meningkat hingga menyumbang kepada 40% jumlah pendapatan korporat.

Selain itu, Mr. Richardson juga telah berkhidmat untuk Dell dan Lexmark di mana beliau berperanan mengembangkan rangkaian pengedaran di Jepun, China, Korea, Taiwan, Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand, Filipina dan India.

Mr. Richardson menerima ijazah sarjana mudanya dari School of International Service, Universiti Amerika, Washington, D.C., dan MBA dari Wharton School of Business di Universiti Pennsylvania. Beliau juga mendapat pendidikan di Institut Pengajian Eropah, Brussels dan Universiti Copenhagen.

Beliau bergiat aktif dalam inisiatif kesusasteraan antarabangsa dan kewangan mikro serta bersemangat dalam mengaplikasikan model jualan langsung demi membawa perubahan positif di seluruh dunia.

Dr. Bruce Daggy
Naib Presiden Kanan, Penyelidikan & Pembangunan, dan Ketua Pegawai Sains

Bruce Daggy menyelia dan mengemudi hala tuju penyelidikan dan pembangunan korporat. Beliau bertanggungjawab untuk membangunkan portfolio produk teras Shaklee termasuk nutrisi pemakanan, penjagaan diri, penjagaan rumah dan produk mesra alam untuk kediaman.

Pengalaman beliau dalam bidang penjagaan kesihatan pengguna global melangkau lebih 30 tahun. Bruce terlibat dalam pelbagai aspek penyelidikan, daripada memformulasikan nutrisi pemakanan terkemuka di India kepada menyediakan produk pemakanan sukan untuk atlet terunggul. Beliau juga memberikan tumpuan khusus dalam bidang pengurusan berat badan dan penyakit metabolik.

Bruce memulakan kerjaya profesional beliau dalam bidang akademik dan seterusnya berkhidmat selama 10 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan di syarikat Procter & Gamble. Ini disusuli dengan 13 tahun di SmithKline Beecham/Glaxo SmithKline di Amerika Syarikat dan juga United Kingdom dalam beberapa jawatan kepimpinan termasuk menyelia program penyelidikan dan pembangunan pemakanan global serta menguruskan lebih 80 orang saintis di U.K. dan India.

Selain itu, beliau juga merupakan Naib Presiden, Penyelidikan & Pembangunan Pengurusan Berat Badan Glaxo Smithkline. Sebelum menyertai Shaklee, Bruce telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan, Penyelidikan & Pembangunan dan Ketua Pegawai Sains di Nutrisystem Inc. di mana beliau menyenggara penyelidikan dan pembangunan gunaan untuk pengurusan berat badan dan pencegahan atau pengurusan penyakit dan masalah kesihatan berkaitan obesiti.

Bruce memegang ijazah sarjana Ph.D. dalam Biokimia Pemakanan dari Universiti Cornell dan B.A. dalam Biologi dari Universiti Virginia.

Beliau ialah Profesor dan Ahli Lembaga Pengarah di Fakulti Sains Nutrisi, Makanan dan Senaman di Universiti Florida, selain menjadi ahli Persatuan Nutrisi Amerika dan Persatuan Obesiti serta aktif sebagai sukarelawan Lembaga Komuniti Greater Philadelphia dan Jawatankuasa Pendidikan dan Advokasi untuk Persatuan Diabetes Amerika.

Dr. Jamie McManus
Pengerusi, Hal Ehwal Perubatan, Sains Kesihatan dan Pendidikan

Dr. Jamie McManus bertanggungjawab mengetuai usaha-usaha penyelidikan klinikal Shaklee bagi menyokong pembangunan produk dan pendidikan pengedar.

Sebelum menyertai Shaklee Corporation, Dr. McManus telah memainkan peranan utama bagi menguruskan jabatan Hal Ehwal Perubatan dan Pendidikan Nutrisi Herbalife serta bertanggungjawab melatih lebih satu juta pengedar di lebih 44 negara dalam tempoh lapan tahun.

Dr. McManus menerima M.D. dengan kepujian dan menyempurnakan latihannya di Universiti California, Davis. Beliau merupakan Doktor Keluarga yang Diiktiraf Lembaga selama 15 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge