Pahala Vs Markah

20141121_083008.jpg

[Pahala Vs Markah]

Cuti sekolah dah nak bermula..anak2 dah sibuk tanya tab, ipad..semuanya masih dalam simpanan mama..sembunyikan dari penglihatan anak-anak..

Shhhhhh…tempat mama sembunyikan tab & ipad..hihi

Ada syarat nak keluarkan tab & ipad kali ni..sebab dah banyak kali anak2 mungkir janji..

Syarat nak keluarkan tab & ipad kena dapatkan 50 markah..bagaimana nak dapat markah ni???haaaaaa..kena buat pahala & bantu mama..

Setiap pertolongan dan berperangai baik akan dapat 1 markah..kiranya buat pahala..tolong mama kemas rumah..tolong mama ambil air..jaga perangai..jangan gaduh2..jangan marah2 bila mama tegur n nasihat..tu semua ada markah..sebelum tidur malam kena baca doa sama2..dah baring kena istighfar..jangan bercakap-cakap lagi kalau nak tidur..kalau ada berbuat salah atau bergaduh dan tak dengar nasihat..tolak 1 markah..

Alhamdulillah..masing2 sibuk kumpul markah..yang ketara sekali excited nak markah ialah si abang..sebab saya tahu dia nak main game COC..

Syarat bukan tu je..kalau dah dapat tab & ipad..dan anak-anak buat perangai balik..mama akan sembunyikan semula semuanya..

So..pendek kata..kena bersikap baik dan sentiasa berbuat baik..kalau tak..kurang lah markah..tak dapat lah nak main tab cuti ni..hihihi..

Selamat berjuang untuk anak2..kumpul markah dan pahala..😄😄😄😄😄😄

2 thoughts on “Pahala Vs Markah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge