Turunkan Berat Badan Walaupun Suka Mengunyah

Untuk anda yang ingin kekalkan berat badan walaupun asyik mengunyah😆😆

Supplement dalam set ni
🔥membantu anda membuang dengan mudah serta membersihkan usus yang kotor.

🔥membantu menghancurkan lemak-lemak yang bergumpal dan degil

🔥membakar lemak-lemak degil

🔥minda lebih cerdas

🔥menurunkan berat badan

#shakleebintulu
#shakleeeffect
#slim

Jue
0194859219

Kurangkan Tekanan Perasaan Dengan Mengamalkan Bcomplex

Ehem ehemmm.. Bcomplex ni ada dalam semua set kesihatan Shaklee. Mengandungi asid folic. Para Saintis Shaklee telah mencipta asid folic secara semulajadi yang PERTAMA diDUNIA dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

Tablet kecil yang berwarna kuning keemasan.

Untuk apa Bcomplex?? bukan ibu hamil & yang menyusukan anak je perlu makan??

Oo silap tu..Bcomplex kena amalkan dari sebelum kahwin lagi..dari zaman remaja hingga ke berusia..dari bujang hingga ke beranak pinak dan bercucu cicit.

Sebab apa kena makan bcomplex??
Bcomplex ni bantu melawan tekanan, memastikan kesihatan fungsi saraf..kalau saraf ada masalah akan ada sakit migrain, kemurungan dan tekanan.

Bcomplex ni anti-stress tau..cuba dan amalkan..so tak lah lepas ni tengok muka orang pun nak marah-marah nak jeling-jeling..

Relax…kalau tak jalan juga ada masalah hati kot..kalau ada masalah hati saya suggest makan DTX Complex pula..buang toksin yang berkumpul dalam hati..kalau kumpul lama-lama nanti jadi racun pula. Membahayakan nyawa.

#shakleebintulu
#shakleeantistress
#EGM

Towkey Shaklee Anak 4
Jue 0194859219

Panduan Menyimpan Susu Ibu

Panduan Penyimpanan Susu IBU
ok hari tu saya ada buat panduan macam mana nak hantar susu BF ke taska kan, apa barang-barang yang perlu uols sediakan, icepack segala bagai semua

ok kali ni sebenarnya lagi basic punya panduan la, mungkin basic ni ramai yang mencari-cari kan

Mula2 kita cerita jangka hayat susu dulu yer

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

1. Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
2. Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
3. Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
4. Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
5. Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
6. Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
7. Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
8. Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

* Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
* Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
* Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
* Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

* Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
* Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:

1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu.
2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:

* TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
* TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
* TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
* Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

Credit : http://www.momschoice.com.my/

Isoflavon ESP Shaklee Dan Haid

Isoflavon dan kitaran haid

Isoflavon boleh meningkatkan tempoh kitaran haid dan menyederhana mengubah tahap hormon steroid. Satu kajian British mendapati bahawa wanita yang telah diberikan 60 gram soya sehari mempunyai kitaran haid lagi. Wanita Asia, yang menelan lebih soya setiap hari, umumnya mempunyai kitaran haid lebih lama daripada wanita Barat. Kajian menunjukkan bahawa kadar kematian disebabkan kanser payudara di Jepun adalah rendah disebabkan oleh pengambilan makanan yang mengandungi isoflavon soya. Tahap hormon steroid dan tempoh kitaran haid diketahui penyebab kepada faktor-faktor risiko untuk kanser payudara. Peningkatan kitaran haid adalah bermanfaat kerana ini melambatkan sel-sel payudara terdedah kepada tahap estrogen yang lebih tinggi.

Esp Shaklee..Soya yang mengandungi ISOFLAVON..mampu mengimbangi hormon di dalam tubuh kita.

Rebut peluang untuk dapatkan ESP PROMO..untuk lebih jimat dapatkan 2 cans
dengan harga less 5%.

Hubungi Saya Puan Jumaah di 0194859219 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Baby Besar Kalau Makan Vitamin

Orang Kata

Dulu Saya Pun Takut Juga Bila Orang Kata Makan Vitamin Atau Supplemen Masa Mengandung, Bayi Akan Besar..

Iye Kerrrr???

Sekarang Saya Sudah Tidak Percaya..Kenapa????

Sebabnya Setiap Hari Saya Makan Supplement Tapi Saiz Perut Saya Tak Besar Macam Sebelum2 Ni..😄😄😄..

Malah Ramai Yang Tegur Saya Masih Bertenaga Dan Aktif Walaupun Sudah Lepas 9 Bulan..Kalau Dulu..Memang Sakit Nak Bangun Atau Nak Berjalan Bila Dah Dekat2 Waktu Bersalin..Supplement Shaklee Membantu Meningkatkan Tenaga Saya Semasa Hamil.

History Berat Anak Saya Masa Lahir
Abang Aisy 3.25kg
Kakak Alya 2.8kg
Kakak Ana 3.5kg
Baby Dalam Perut 2.6kg ( Last Scan 10/3/2015)

So..Jangan Takut Untuk Makan Makanan Tambahan / Vitamin / Supplement Semasa Hamil

Jumaah Ahmad Marzuki
0194859219

ESP Soya Isoflavon

Salah Satu Keistimewaan ESP SHAKLEE

Cara pembuatan serbuknya dimana soya dibersihkan menggunakan AIR dan bukan ALKOHOL

Dalam proses pembuatan serbuk soya, kepingan soya hendaklah dicuci dan dibersihkan dengan air, bukan alkohol yang memusnahkan kandungan isoflavon sehingga 88%!

Padahal isoflavon ini yang diperlukan untuk mengurangkan risiko mendapat kanser paru-paru dan sebagainya. Isoflavon juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.

ESP SHAKLEE dicuci dengan air untuk mengekalkan ‪#‎isoflavones‬ ‪#‎genistein‬ dan ‪#‎daidzein‬ yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Rahsia Mendapat Tidur Yang Lena

RAHSIA MENDAPAT TIDUR YANG LENA

Apa rahsia untuk mendapatkan tidur 7 – 8 jam yang nyenyak? Anda perlu pergi ke dapur dan menikmati satu atau dua dari 10 senarai makanan di bawah ini. Makanan ini akan merelakskan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon untuk membantu anda tidur iaitu serotonin dan melatonin.

Pisang

Pisang seperti ubat tidur alami. Selain mengandungi melatonin dan serotonin dalam jumlah kecil, pisang juga mengandungi magnesium, bahan yang dapat merangsang relaksasi otot

Teh Chamomile

Teh Chamomile mempunyai efek penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental, membuat teh ini sebagai minuman yang sesuai untuk diambil sebelum tidur

Susu panas

Bukan, ini bukan mitos, segelas susu panas sebelum tidur dapat membantu tidur anda. Susu mengandungi tryptophan, iaitu asam amino yang mempunyai efek sedatif dan kalsium yang membantu otak untuk menggunakan tryptophan.

Madu

Tambahkan madu sedikit di dalam susu atau teh anda. Gula dapat meningkatkan tenaga, tetapi dalam jumlah yang sedikit, gula dapat memberitahu otak anda untuk menurunkan prestasi orexin. Neurotransmiter yang berhubungan dengan kesedaran anda.

Kentang

Sedikit kentang rebus atau kentang panggang di malam hari tidak akan menaikkan berat badan anda. Kentang membersihkan asam yang dapat mengganggu prestasi tryptophan di dalam tubuh.

Oatmeal

Oatmeal sebelum tidur adalah cara terpantas untuk tidur, kerana oatmeal merangsang produksi melatonin di dalam tubuh pada malam hari.

Kacang Almond

Almond adalah kacang yang baik bagi kesihatan jantung. Tetapi almond juga dapat membantu tidur anda kerana mengandungi tryptophan dan magnesium.

Flaxseed

Flaxseed kaya akan asam omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Pengambilan flaxseed ketika anda sedang mengalami stress atau depresi berat. Tidur anda akan lebih nyenyak.

Roti Gandum

Sepotong roti gandum dan teh akan merangsang insulin di dalam tubuh anda, yang berguna untuk membantu prestasi tryptophan untuk bereaksi di otak. Dimana tryptophan akan diubah menjadi serotonin yang memberi tahu otak ada untuk tidur.

Daging Kalkun (turkey)

Daging kalkun adalah sumber yang sangat baik untuk tryptophan. Tryptophan bekerja ketika perut anda kosong dan tidak ketika anda sangat kenyang. Tetapi 1 sampai 2 potong dari daging kalkun bersama dengan roti gandum pada waktu tengahari hari akan dapat membantu membuat tidur anda lebih nyenyak di malam hari.

Tugas Kami Membantu Anda Untuk Tidur Lena Sepanjang Malam Supaya Kelihatan Segar & Ceria Di Waktu Pagi

9 Krisis Pemulihan Berkaitan Dengan Tubuh

Assalamualaikum..selamat tengahari semua..ada yang tengah berehat sekarang..atau ada yang tengah masak dan ada juga yang sudah selesai menjamah makanan tengahari..

Hari ni saya nak cerita serba sedikit tentang ‘Krisis Pemulihan’ atau selalu kita sebut HEALING CRISIS..

Apa itu Krisis Pemulihan / Healing Crisis??

♡ Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.

♡Hendaklah diketahui sepanjang jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

♡ Biasanya krisis pemulihan ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu. Minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makan lebih sayuran dan buahan sepanjang tempoh krisis pemulihan.

9 Krisis Pemulihan Berkaitan Dengan Tubuh

1. SAKIT PADA TUBUH
– Mengawal selia nadi dan saraf

2. SAKIT
– Meneutralkan tubuh asidik
– Akibat dari salur darah tersumbat dan peredaran darah yang lemah. Tu uh sedang membersihkan salur darah saluran tenaga.

3. KEJANG DENGAN TIBA-TIBA
– Nadi, saraf dan organ lain sedang mengawal selia

4. TUBUH RASA KETAT DENGAN MENDADAK
– Proses peredaran dadah.

5. SELERA KUAT
– Tanda jangka pendek sel menjadi lebih sihat dan diaktifkan.

6. PENAT & MALAS
– Tahap keasidan tubuh yang tinggi.
– Mengawal selia sedang berlangsung, tubuh perlu rehat untuk pulih.
– Stress dan keresahan yang berpanjangan.

7. ISOMNIA
– Jangkamasa kawal selia sel-sel tubuh.

8. TUBUH ‘PANAS’ (DEHIDRASI)
– Tahap keasidan tubuh yang tinggi, terutama toksin yang disimpan di dalam lemak.
– Detoks melalui pembakaran lemak menyebabkan ‘panas’ pada tubuh.
– Ambil lebih sayuran, buah-buahan & minum air debgan banyak.

9. TUBUH BERASA RINGAN
– Penghasilan tenaga dalaman untuk mengekalkan kesihatan.

Alhamdulillah..tubuh anda akan berasa ringan dan cergas selepas berjaya melalui tempoh krisis pemulihan..anda perlu banyak-banyak bersabar dan kuat untuk kekal sihat dan sentiasa ceria.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi PERCUMA!!!!

FB: Jumaah Ahmad Marzuki
Call /Whatsapp : 0194859219
Page : Supplemen Harian / Health & Beauty

Performance® Natural Orange – Rahsia Kekal Bertenaga

Performance® Natural Orange

Minuman Penghidratan Tulen
Kod Produk:11002 (539 g)
Retail Price : RM82.50

Memuaskan Dahaga Para Juara

Penyahhidratan merupakan faktor utama yang sering mengakibatkan kelesuan dan menjejaskan prestasi atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman penghidratan terkemuka.

Rumusan elektrolit proprietari OPTI-LTYE™ dengan campuran unik karbohidrat kami bertindak pantas untuk memberikan tenaga serta-merta yang berkekalan serta merangsang penghidratan optimum.

Terbukti secara Klinikal

Ujian makmal terhadap atlet cemerlang menunjukkan bahawa Performance Shaklee membekalkan spektrum elektrolit yang menyeluruh, termasuk kalsium dan magnesium (ciri unik yang tidak dimiliki oleh jenama terkemuka)
Ambil yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik

Dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat meningkatkan prestasi anda, membantu anda menjalani latihan lebih lama dan mengembalikan tenaga dengan lebih cepat, Shaklee Sports Nutrition adalah pilihan bijak untuk memberikan apa yang tubuh anda perlukan sebelum, semasa dan selepas latihan. Jaminan Ketulenan Shaklee

Fakta menarik tentang Performance Drink.

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.

Siapa yang memerlukan Performance Drink

  1. Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah
  2. Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  3. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  4. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  5. Para pesakit yang menghidap gout.
  6. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  7. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  8. Anak-anak yang demam.
  9. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  10. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis atau pengawet
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Pengedar Sah Shaklee anda,
Jumaah Ahmad Marzuki
0194859219

Pahala Vs Markah

[Pahala Vs Markah]

Cuti sekolah dah nak bermula..anak2 dah sibuk tanya tab, ipad..semuanya masih dalam simpanan mama..sembunyikan dari penglihatan anak-anak..

Shhhhhh…tempat mama sembunyikan tab & ipad..hihi

Ada syarat nak keluarkan tab & ipad kali ni..sebab dah banyak kali anak2 mungkir janji..

Syarat nak keluarkan tab & ipad kena dapatkan 50 markah..bagaimana nak dapat markah ni???haaaaaa..kena buat pahala & bantu mama..

Setiap pertolongan dan berperangai baik akan dapat 1 markah..kiranya buat pahala..tolong mama kemas rumah..tolong mama ambil air..jaga perangai..jangan gaduh2..jangan marah2 bila mama tegur n nasihat..tu semua ada markah..sebelum tidur malam kena baca doa sama2..dah baring kena istighfar..jangan bercakap-cakap lagi kalau nak tidur..kalau ada berbuat salah atau bergaduh dan tak dengar nasihat..tolak 1 markah..

Alhamdulillah..masing2 sibuk kumpul markah..yang ketara sekali excited nak markah ialah si abang..sebab saya tahu dia nak main game COC..

Syarat bukan tu je..kalau dah dapat tab & ipad..dan anak-anak buat perangai balik..mama akan sembunyikan semula semuanya..

So..pendek kata..kena bersikap baik dan sentiasa berbuat baik..kalau tak..kurang lah markah..tak dapat lah nak main tab cuti ni..hihihi..

Selamat berjuang untuk anak2..kumpul markah dan pahala..😄😄😄😄😄😄