MENGAPA MORNING SICKNESS





Mengapa ‘Morning Sickness’?

Istilah ‘Morning Sickness’ begitu tersendiri, ia bukan sekadar keadaan loya dan muntah malah gambarannya lebih dari itu. Keadaan morning sickness berlaku di waktu pagi dan khususnya di awal trimester yang pertama..

Paras hormon yang meningkat sewaktu mengandung dikatakan menjadi ssalah satu punca berlakunya keadaan ini.

TIPS ATASI MORNING SICKNESS

  • Ambil vitamin tambahan iaitu vitamin B6 (Pyridoxine). Pyridoxine selamat dan memberi kesan minimum dan mudah didapati.Justeru ia digunakan untuk merawat alahan loya dan muntah ketika kehamilan.
  • Sebaik sahaja membuka mata, jangan terus bangun. Sebaliknya duduk dahulu untuk seketika di atas katil kemudian bangunlah dengan perlahan-lahan.
  • Ambil makanan kering seperti biskut kering dan roti bakar di awal pagi.
  • Biarkan bilik berada dalam keadaan bersih dan berudara segar.
  • Kerap makan tetapi dalam kadar yang sedikit. Jangan sesekali membiarkan perut kosong. Ambil makanan yang rendah lemak dan mudah untuk dihadamkan.
  • Hindari bau-bauan yang membuatkan anda lebih loya. Boleh mencuba bau-bauan limau, pudina, oren dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge