Baby Besar Kalau Makan Vitamin

Orang Kata

Dulu Saya Pun Takut Juga Bila Orang Kata Makan Vitamin Atau Supplemen Masa Mengandung, Bayi Akan Besar..

Iye Kerrrr???

Sekarang Saya Sudah Tidak Percaya..Kenapa????

Sebabnya Setiap Hari Saya Makan Supplement Tapi Saiz Perut Saya Tak Besar Macam Sebelum2 Ni..😄😄😄..

Malah Ramai Yang Tegur Saya Masih Bertenaga Dan Aktif Walaupun Sudah Lepas 9 Bulan..Kalau Dulu..Memang Sakit Nak Bangun Atau Nak Berjalan Bila Dah Dekat2 Waktu Bersalin..Supplement Shaklee Membantu Meningkatkan Tenaga Saya Semasa Hamil.

History Berat Anak Saya Masa Lahir
Abang Aisy 3.25kg
Kakak Alya 2.8kg
Kakak Ana 3.5kg
Baby Dalam Perut 2.6kg ( Last Scan 10/3/2015)

So..Jangan Takut Untuk Makan Makanan Tambahan / Vitamin / Supplement Semasa Hamil

Jumaah Ahmad Marzuki
0194859219

B-COMPLEX MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

B-COMPLEX SHAKLEE MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

As salam..selamat petang..hari ni saya citer pasal B-COMPLEX SHAKLEE..vitamin b complex shaklee ni banyak manfaat..saya sangat sukakannya..kalau saya diserang pening kepala..saya takkan makan ubat..tapi saya akan telan B-complex Shaklee lebih dari 1 biji sehari..alhamdulillah pening kepala memang akan hilang..sangat berkesan kannn…

Price : RM53.75 120 BIJI SEBOTOL

Okay..jom kita baca kelebihan-kelebihan B COMPLEX SHAKLEE

APAKAH KELEBIHAN B-COMPLEX SHAKLEE

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Antaranya;

•Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
•Mengelakkan penyakit beri-beri.
•Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
•Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
•Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
•Mencegah stress.
•Menguatkan antibodi tubuh.
•Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
•Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
•Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
•Mencegah anemia.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?

•Merangsang pertumbuhan.
•Meningkatkan kemampuan berfikir.
•Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?

•Menambah tenaga.
•Mengurangkan stress.
•Melambatkan proses uban di rambut.
•Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?

•Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
•Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
•Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

TAHU TAK YANG B-COMPLEX MEMBANTU DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN??? BAGAIMANA???

♡Bcomplex Shaklee dilengkapi dengan 8 komponen vitamin B..B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxxine Hydrochloride), B7 (Asid folik), B9 (Biotin) dan B12 (Cyanocobalamin) serta 100% Biotin dan asid folic.

♡B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan MENUKARKAN PROTEIN, LEMAK & KARBOHIDRAT kepada TENAGA.

♡ B Complex Shaklee juga mampu menstabilkan HORMON. Hormon yang tidak menentukan menyebabkan terjadinya STRESS..apabila stress..kita akan berdepan dengan masalah KURANG TIDUR. Tidur yang tidak mencukupi adalah salah satu faktor berat badan bertambah.

APA YANG BERLAKU JIKA KURANG VITAMIN B

•Kesan kekurangan Vitamin B ni adalah :
•Mudah Letih, Tidak bermaya, Kurang selera makan
•Stress, Migrain
•Kegelisahan, gangguan tidur
•Sakit Pada Bahagian Abdomen
•Sembelit
•Gangguan Mental dan Emosi
•Pecah- pecah dan sakit pada mulut dan hidung
•Beriberi (penyakit “Metabolic Disoder” dengan gejala seperti bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung

Kesimpulannya..Vitamin Bcomplex yang lengkap amat penting untuk kesihatan badan..

berminat boleh hubungi saya Jumaah di 0194859219..saya sentiasa bersedia untuk menyediakan konsultasi kepada anda..

KLIK UNTUK ORDER
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ad62cfd33e3870262d6bf5331c1f13b0

BEZA UBAT & SUPPLEMEN

BEZA DI ANTARA UBAT & SUPPLEMEN


Ada yang masih tidak mengenali apa ‘makanan tambahan’ atau Supplemen dan Ubat..dan ada yang menyatakan ubat dan supplemen adalah perkara yang sama..ANDA SILAP!!!! Ubat dan Supplemen adalah 2 benda yang berbeza..di sini saya akan nyatakan perbezaan di antara kedua-duanya..

Anda dah baca perbezaan di antara ubat dan supplemen..so sekarang dah faham dan tahu..jadi..apa pilihan anda..adakah memilih untuk MENCEGAH atau memilih untuk MERAWAT..jawapan nya ada pada diri anda..jadilah insan yang bijak untuk lebih sihat..

“MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT”

Hubungi saya Jumaah di 0194859219 untuk sebarang pertanyaan berkaitan PRODUK SHAKLEE..

SET LENGKAP BERSALIN, PENYUSUAN & SLIM

SET LENGKAP BERSALIN, PENYUSUAN & SLIM   

=====================================================================

Vitalea ( with Iron Formula)
* multivitamin dan multimineral,
* mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian,
* membnatu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
* formulasi lengkap dengan zat besi. B12 membantu pembentukan sel darah merah
* Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.

B-complex
* mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk asid folik
* B Complex penting untuk metabolism dimana menukarkan makanan kepada tenaga, meninggikan sistem pertahanan badan, mengimbangi hormon, membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang. *Ianya juga membantu mengelakkan kulit kusam

Vitamin C Sustained Released
* bertindak sebagai anti-oksidan.
* mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah,
* penting untuk pembentukkan kolagen (hasilkan kulit cantik dan mulus).
* Ia juga penting untuk meningkatkan system imun.
* Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Percaya atau tidak, Vitamin C ini benar-benar membantu mengurangkan/menghilangkan stretch marks!

Ostematrix* membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan
penjagaan tulang dan gigi.
* mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam
memelihara kesihatan yang baik.
*Minumim 1000mg kalsium diperlukan dalam diet harian ibu menyusu.

Alfalfa Complex 
* Raja Segala Tumbuhan,
* sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar
* sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan,
* membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.

Energizing Soy Protein
* Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dll. * * Protien adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar
selepas air (75% badan kita adalah air).
* Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk
menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.
* Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang
mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh
tubuh badan manusia.
*membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia
mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan
seharian.
* Selain membantu dalam penyusuan ibu, bayi cepat kenyang, protein juga membantu anjalkan kulit, elak
payudara kendur.

Lecithin
* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .


Berminat?? Hubungi/whatsapp 0194859219 untuk harga dan konsultasi percuma dari saya hanya untuk customer tersayang..

Berminat??? Pm/whatsapp 0194859219 utk harga

POWER PUMPING

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam

– Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih 🙂

– Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

– Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

– Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

– Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu

– Pum setiap 2-4jam sekali

– Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik 🙂

– Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain 🙂

Happy pumping!      

Omega untuk asma, batuk dan selesema

Jika batuk yang kronik yang ada kaitan dengan keradangan, pengambilana asid lemak Omega-3 mungkin dapat membantu. Asid lemak omega-3 bagus untuk menggalakkan sintesis PGE3 prostaglandin, yang mempunyai aktiviti anti-radang. Omega 3 juga memberi kesan baik buat pesakit asma.

Batuk dan selesama semakin menjadi jadi di kalangan kanak kanak. Ia seakan menjadi kebiasaan pula terutama yang menghantar anak ke pusat asuhan. Batuk dan selesa sering disebabkan jangkitan virus. Ia sering terjadi pada kanak kanak kerana daya ketahahan mereka tidak sekuat orang dewasa, apalagi bayi.

Jika batuk dan selesema berlanjutan sehingga melebihi seminggu atau menjadi semakin teruk, ibu bapa tidak boleh berdiam diri lagi. Rawatan atau terapi perlu dilakukan. Punca batuk dan selesama kena kenal pasti.

Kebiasaanya, batuk dan selsema tidak akan berpanjangan. Bermula dengan demam, kemudian batuk. Lama kelamaan, batuk akan reda dan nafas biasanya tidak kencang seperi sedang aktif. Jika masih tidak baik, jangan tunggu lagi. Jangkitan paru paru yang lebih serius mungkin berlaku.

Saya kongsikan punca lain termasuk jangkitan paru-paru (pneumonia), alahan seperti allergic rhinitis (resdung) dan asma untuk bacaan ibu bapa supaya lebih aware jika anak batuk dan selesema.

Tanda yang anak mungkin mengalami jangkitan paru-paru ialah:

demam (suhu tinggi)
nafas laju
dada berombak
apabila anak bernafas, ada lekuk di antara tulang rusuk
hidung mungkin kembang kuncup

Pneumonia dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan doktor dan juga menerusi sinaran-X. Jika doktor mengesyaki anak menghidap pneumonia, antibiotik akan diberi bersama ubat demam. Jika ada bunyi berdehit, rawatan spesifik akan diberi.

Kebanyakan kes pneumonia sembuh tanpa komplikasi. Bagaimanapun, ada beberapa kes dengan komplikasi seperti cecair atau nanah di dalam paru-paru berlaku.

Dalam kes sebegini, pembedahan mungkin diperlukan untuk memasukkan tiub bagi mengeluarkan cecair atau nanah. Komplikasi sebegini lebih kerap berlaku dengan jangkitan kuman seperti pneumokokkus dan staphylokokkus.

Alahan dan asma
Batuk dan selesema mungkin disebabkan alahan yang juga boleh menyebabkan asma. Biasanya punca gejala dalam kes sebegini ialah habuk, asap terutama asap rokok, debunga dan bulu haiwan seperti kucing, arnab dan anjing.

Julat gejala apabila terdedah kepada alergen (bahan yang menyebabkan alahan) agak luas, daripada bersin setiap pagi (sering dikenali sebagai resdung) kepada berdehit. Di samping itu, mungkin juga ada tanda lain seperti ekzema pada kulit.

Allergic rhinitis
Kanak-kanak yang mengalami masalah ini sering selesema pada waktu pagi dan ‘sembuh’ apabila tengah hari. Mereka menjadi sihat dan aktif seperti biasa. Kadangkala hidung berasa tersumbat dan apabila diperiksa, didapati sama ada banyak hingus di dalam rongga hidung atau tisu dikenali sebagai ‘inferior turbinate’ bengkak.

Secara amnya, punca alahan membabitkan:
asap, terutama asap rokok
habuk, termasuk yang terperangkap pada mainan berbulu dan permaidani
bulu haiwan peliharaan
debunga
wangian

Asma
Asma ialah tindak balas paru-paru terhadap alahan iaitu saluran pernafasan (bronkus) menjadi sempit akibat pendedahan kepada alahan.

Ini menyebabkan pesakit mengalami batuk serta kesukaran bernafas. Tidak semua kanak-kanak yang mempunyai asma mengalami berdehit.

Tanda asma termasuk:
batuk pada waktu malam dan awal pagi
batuk atau berdehit selepas bermain
nafas laju dan dada berombak
lekuk di antara tulang rusuk dan di leher ketika bernafas
kedengaran bunyi nada tinggi ketika bernafas. Ini dikenali sebagai berdehit

Jika anak mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat dalam bentuk nebuliser di klinik. Ini akan disusuli dengan ubat sama dalam bentuk ‘inhaler’ atau ubat air.

Rawatan pencegah dalam bentuk inhaler diberi kepada kanak-kanak yang mengalami batuk malam lebih tiga malam seminggu, yang mengalami serangan asma kerap atau serius.

Ubat ini perlu digunakan setiap hari walaupun anak sihat untuk mengelak terkena serangan. Di samping menggunakan ubat, doktor akan menasihati supaya menghindari punca alahan.

Alahan dan asma ialah masalah keturunan. Oleh itu, jika ibu bapa mengalami masalah ini, kemungkinan besar anak juga mengalami masalah sama. Ia tidak boleh disembuhkan.

Tujuan rawatan ialah menghindari serangan supaya anak aktif seperti biasa dan dapat mengambil bahagian dalam aktiviti di sekolah.

Biasanya kekerapan serangan berkurangan apabila kanak-kanak membesar. Bagaimanapun, perlu diingatkan, serangan asma boleh menjadi serius dan dalam kes tertentu, boleh membawa maut. Oleh itu, pemantauan rapi dan penggunaan ubat dengan betul adalah penting.

Kebiasaanya, saya akan mencadangkan omega guard dan mealshakes untuk kanak kanak supaya daya ketahanan terhadap sakit lebih tinggi dan memberi kelegaan untuk paru paru. InsyaAllah, penggunakan nebuliser akan berkurangan. Ini adalah altenatif supplemen semulajadi. Ia bukan bertujuan untuk merawat.

credit: http://www.mysupervitamins.com/

KEPERLUAN PROTEIN DALAM BADAN

Protein adalah nutrien penting untuk badan. Jika kita nak kurangkan berat badan sekalipun, pastikan sumber protein tetap ada dalam menu harian. Ini kerana kekurangan protein boleh membawa akibat yang teruk.
Contoh penyakit yang serius akibat kekurangan protein yang berpanjangan adalah:
  • anemia
  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati
  • ulser peptik
  • penglihatan kurang baik
  • kolestrol yang tinggi
  • gula dalam darah rendah(hipoglisemia)
  • tekanan darah rendah
  • saraf tidak stabil
  • kurang daya penyembuhan luka
  • kurang rintangan terhadap penyakit
  • kelesuan
  • kelemahan
  • retensi air
  • kerencatan akal dalam kanak-kanak

Namun, jika ia kekurangan protein tidak berpanjangan sekalipun, kesannya tetap ada walaupun tidak kelihatan pada peringkat awal.

Kenapa protein penting? Ini kerana protein terlampau banyak fungsinya dalam tubuh kita. Antaranya

Tubuh kita terdiri dari protin

  • Tulang, kulit, rambut, otot, oran diperbuat dari protin
  • Plasma, anti bodi, enzim, hormon terbentuk dengannya
  • Hemoglobin yang mengangkut oksigen ke sel, sebahagian darinya adalah protein.
  • Berbilion sel bergantung pada protein untuk menjalankan fungsinya.

Jadi, jangan sekali kali abaikan intake protein, walaupun anda nak berdiet rendah lemak. Pastikan rendah lemak, tidak rendah protein.

Walaupun US RDA menyatakan untuk seorang dewasa perempuan adalah 44 gram dan lelaki dewasa 56gram , ia adalah sangat minimum dan keperluan bertambah mengikut keadaan seseorang. Keperluan protein adalah lebih untuk orang yang bekerja keras, ibu menyusu, tekanan persekitaran, trauma kecederaan dan sebagainya.

Adalah protein anda yang terbaik lengkap dengan 9 asid amino?

Asid amino adalah binaan penting dalam protein yang ia harus lengkap. Jika tidak, kemungkinan besar, protein yang kita makan tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh badan.

Energizing Soy Protein dan Meal Shakes Shaklee mengandungui 9 asid amino perlu yang kritikal.

MASALAH RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih’, rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Anda Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa Anda perlu lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam – Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum – Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge – Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau – Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar – Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut – Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon – Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan – merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak – Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.
Diantara produk Shaklee yang mengandungi Zink dan protein yang cukup untuk keperluan harian kita:

  1. Zinc Complex
  2. ESP (Energizing Soy Protein)

untuk sebarang pertanyaan sila hubungi
Jumaah Ahmad Marzuki
Shaklee ID: 880029
SMS / WhatsApp: 0194859219
Email: juevirgocute@yahoo.com
Blog: momaisyalyariana.blogspot.com

MENGAPA MORNING SICKNESS





Mengapa ‘Morning Sickness’?

Istilah ‘Morning Sickness’ begitu tersendiri, ia bukan sekadar keadaan loya dan muntah malah gambarannya lebih dari itu. Keadaan morning sickness berlaku di waktu pagi dan khususnya di awal trimester yang pertama..

Paras hormon yang meningkat sewaktu mengandung dikatakan menjadi ssalah satu punca berlakunya keadaan ini.

TIPS ATASI MORNING SICKNESS

  • Ambil vitamin tambahan iaitu vitamin B6 (Pyridoxine). Pyridoxine selamat dan memberi kesan minimum dan mudah didapati.Justeru ia digunakan untuk merawat alahan loya dan muntah ketika kehamilan.
  • Sebaik sahaja membuka mata, jangan terus bangun. Sebaliknya duduk dahulu untuk seketika di atas katil kemudian bangunlah dengan perlahan-lahan.
  • Ambil makanan kering seperti biskut kering dan roti bakar di awal pagi.
  • Biarkan bilik berada dalam keadaan bersih dan berudara segar.
  • Kerap makan tetapi dalam kadar yang sedikit. Jangan sesekali membiarkan perut kosong. Ambil makanan yang rendah lemak dan mudah untuk dihadamkan.
  • Hindari bau-bauan yang membuatkan anda lebih loya. Boleh mencuba bau-bauan limau, pudina, oren dan sebagainya.

VITAMIN A DAN MASALAH RABUN

Selamat pagi semua..ari ni nak cerita pasal vitamin A pulak..Dalam produk Shaklee Vitamin A terdapat dalam CarotoMax.. jom kita tengok apa yang istimewa nya CarotoMax Shaklee..

CarotoMax

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

• Memelihara kesihatan yang baik. *

• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu. *

• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan:

  • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang 
  • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot 
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi 
  • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi 

Sumber: Shaklee Malaysia

Fungsi Beta-Karoten:

1. Bantu pertumbuhan dan memulih sel-sel badan.
2. Kekalkan penglihatan malam – rabun malam.
3. Kekalkan kesihatan kulit dan selaput membran seluruh badan – mata hitam, penghadaman
4. Bertindak sebagai antioksidan, cegah kanser.
5. Menyokong fungsi kuatkan sistem pertahanan badan,
6. Bantu cegah masalah asma, dan paru-paru.
7. Bantu cegah pembentukan ketumbuhan ‘tumor’
8. Menyokong fungsi pertumbuhan dan pembiakan.

Khasiat Beta-Karoten:
1. Awet muda
2. Rabun malam
3. Gastrik
4. Masalah kulit
5. Lelah
6. Jeragat

sumber: AnakkuWiraku

Kenapa kita memerlukan Vitamin A @ Carotomax ini?

Carotomax (vitamin A) ini secara umumnya boleh membantu:- 

  1. kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
  2. kesihatan tulang 
  3. kesihatan tisu kulit 
  4. pembentukan sel darah putih dan sel darah merah 
  5. pembentukan membran mukus 
  6. mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat 

Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

AWAS!!!
Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.(Namun Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk pre-kursor, yang mana akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja). 

Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.

Vitamin A boleh didapati daripada sumber makanan semulajadi seperti telur, lobak merah, sayuran berdaun hijau dan lain-lain. Namun sekiranya anda tidak dapat memenuhi keperluan vitamin A melalui sumber semulajadi, pengambilan supplement amatlah digalakkan.

Sumber: http://beeandyou.blogspot.com

untuk sebarang pertanyaan sila hubungi
Jumaah Ahmad Marzuki
Shaklee ID: 880029
SMS / WhatsApp: 0194859219
Email: juevirgocute@yahoo.com
Blog: momaisyalyariana.blogspot.com