SUSU IBU MEMBANTU SI IBU KELIHATAN MENAWAN

Kepentingan Susu Ibu kepada Ibu

♡ ia membantu mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan yang berlebihan

♡ melewatkan kedatangan haid dan membantu menjarakkan kehamilan

♡ membakar lemak badan yang terkumpul semasa mengandung dan dapat mengembalikan badan ke bentuk asal

♡ ia dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari

♡ ia dapat mengurangkan risiko keretakan tulang pinggul apabila meningkat usia

Salah satu cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan selepas bersalin ialah dengan menyusukan bayi selama 2 tahun secara exclusive..